Assalamualaikum dan dalam sejahahtera. Blog Joran Putra ni sekadar perkongsian pengalaman aku memancing kolam air tawar sahaja. Setelah sekian lama aku menyepi diri memancing kolam air tawar secara tetiba aku terjebak kembali atas dorongan kawan-kawan kaki pancing. Oleh kerana aku ini baru dalam arena kolam mengolam ni, aku mohon tunjuk ajar sifu-sifu kolam semalaya agar memberi tunjuk ajar. sekian terima kasih kerana sudi membaca dan memberi tunjuk ajar.

Isnin, 11 Januari 2016

APA SILAP UMPAN AKU?

umpan aku ala-ala macam ni la.
Ini percubaan aku yang pertama buat umpan pandan sendiri. Aku campur la bahan-bahan yang aku dengar dari otai-otai mancing kolam ni. Aku guna paste pandan yang aku beli kat kedai buat kek Kanchong Banting. Sedap juga bau pandannya tapi ada bau telur yang agak kuat. 
Aku tak masak umpan ni, aku sekadar campur bahan-bahan dan terus goncang. Antara bahan yang aku campur ialah paste pandan, vanilla essence, banana essence, sirap gula dan juga sedikit badam. 
Paste yang aku buat ni aku jadikan tepung minyak. Aku bawa la pergi test kaat kolam Abah kat belakang coffe vilagge sg Merab. Tak lama aku campak umpan dah kena sembat.. pergh power juga umpan aku ni. Kata dalam hati la.. tak akan aku jerit kot. Hahaha. 
tongsan 8 kg yang bedal umpan aku
Layan punya layan, terasa memang berat dan susah juga nak daratkan ikan ni. Ikan  pula tak pula larikan diri jauh tapi memberat sahaja. Selepas 5 minit bergelut akhirnya ikan pun menyereng ke tepi. Hah, tongsan sisik halus yang bedal umpan aku. Macam mana ni, aku seting umpan untuk patin tapi tongsan yang bedal. Apa yang terlebih atau terkurang umpan aku buat ni hingga Sang Tongsan yang bedal???