Assalamualaikum dan dalam sejahahtera. Blog Joran Putra ni sekadar perkongsian pengalaman aku memancing kolam air tawar sahaja. Setelah sekian lama aku menyepi diri memancing kolam air tawar secara tetiba aku terjebak kembali atas dorongan kawan-kawan kaki pancing. Oleh kerana aku ini baru dalam arena kolam mengolam ni, aku mohon tunjuk ajar sifu-sifu kolam semalaya agar memberi tunjuk ajar. sekian terima kasih kerana sudi membaca dan memberi tunjuk ajar.

Isnin, 11 Januari 2016

APA SILAP UMPAN AKU?

umpan aku ala-ala macam ni la.
Ini percubaan aku yang pertama buat umpan pandan sendiri. Aku campur la bahan-bahan yang aku dengar dari otai-otai mancing kolam ni. Aku guna paste pandan yang aku beli kat kedai buat kek Kanchong Banting. Sedap juga bau pandannya tapi ada bau telur yang agak kuat. 
Aku tak masak umpan ni, aku sekadar campur bahan-bahan dan terus goncang. Antara bahan yang aku campur ialah paste pandan, vanilla essence, banana essence, sirap gula dan juga sedikit badam. 
Paste yang aku buat ni aku jadikan tepung minyak. Aku bawa la pergi test kaat kolam Abah kat belakang coffe vilagge sg Merab. Tak lama aku campak umpan dah kena sembat.. pergh power juga umpan aku ni. Kata dalam hati la.. tak akan aku jerit kot. Hahaha. 
tongsan 8 kg yang bedal umpan aku
Layan punya layan, terasa memang berat dan susah juga nak daratkan ikan ni. Ikan  pula tak pula larikan diri jauh tapi memberat sahaja. Selepas 5 minit bergelut akhirnya ikan pun menyereng ke tepi. Hah, tongsan sisik halus yang bedal umpan aku. Macam mana ni, aku seting umpan untuk patin tapi tongsan yang bedal. Apa yang terlebih atau terkurang umpan aku buat ni hingga Sang Tongsan yang bedal???

Rabu, 18 November 2015

SINGGAH KEDAI BARANG BUAT KEK





Sampai masa aku kena belajar menghidu juga untuk kreatif buat umpan mancing ni. Tempat yang paling sesuai untuk aku singgah nak tambah pengetahuan dan pengalaman ialah kedai menjual alatan membuat kek dan kuih. Di kedai macam ini aku boleh tengok segala jenis perasa makanan seperti pandan, strawbery, pisang, keladi, jambu, kelapa dan segala mak nenek perasa dalam dunia. 
Selain perasa aku juga boleh menghidu segala macam bau makanan yang sesuai untuk ikan makan seperti bau pisang, strawbery, vanilla, badam, nenas dan segala nenek bau makanan. Aku cium setiap botol bau perisa dan pewarna makanan. Ada juga makcik-makcik duk jeling aku menghidu bau perasa dan perisa macam hidu gam pula. 
Selain perasa dan perisa aku juga bolerh tengok pelbagai pewarna makanan yang juga boleh digunakan dalam proses membuat umpan mancing. Dari satu botol ke satu botol aku belek pewarna yang ada dari warna putih hingga ke warna merah. 
Akhir sekali aku pergi tanya sahaja tauke kedai apa yang selalu digunakan oleh kaki pancing semasda membuat umpan mancing. Dah tak perlu curi lagi resepi umpan orang. Tauked kedai pun dah tau apa yang selalu kaki pancing ambil barang nak buat umpan. Bawa sahaja pen dan kertas dan catat segala barang yang orang lain guna. Yang selebihnya gunakan sahaja kreativiti masing-masing. 
Selain tu ada juga pes yang dah terus boleh guna tanpa bancuh semula dan apa yang penting kena rajin cuba try test kat kolam ler. 
Tapi kalu nak lebih kreatif kena selalu la datang kedai ni supaya dapat membezakan bau masam, manis,pahit, kelat, lemak dan segala bau-bauan.










CERITA PELIK-PELIK PASAL UMPAN MANCING

umpan aku semasa dulu - dedak ayam saja
Sejak dah mula mancing kolam ni aku pun tak terlepas dari mendengar umpan-umpan yang pelik. Kekadang terasa lucu juga tapi bila dah dengar penerangan dan logiknya umpan tersebut aku pun terdiam saja. Betul juga dari segi logiknya. Memang tyak dap[at dinafikan orang yang memancing ni memang kreatif. Bukan setakat kreatif tapi perlu ada juga unsur seni. selain unsur seni perlu juga ada daya tahan menahan leteran bini. Hahahaha.
Cerita yang paling kelakar apabila ada orang yang sanggup rebus akar pandan untuk menambah aroma dan ummpphh dalam umpan. Cerita ni memang kelakar tapi kalau ikan mengena dengan umpan ni tentu orang yang ketawa akan terdiam. Olehkerana umpan ni tak menjadi maka orang tersebut akan jadi bahan jenaka bukan sehari dua malah bertahun-tahun.
Selain merebus akar pandan ada juga yang menggunakan kelapa parut untuk menambah aroma supaya ikan datang. Kalau dengar memang agak kelakar tapi kelapa parut ni memang digunakan ramai oleh kaki pancing. Memang menjadi juga kelapa parut dalam seni membuat umpan. Buikan setakat itu sahaja, kelapa tu ada yang diperam supaya naik bau dan rasa masam. Kalau anda tengok kaki pancing pergi beli kelapa parut tu jangan pula duk tanya nak masak kari apa tapi tanya nak buat umpan apa?
umpan dalam pasaran
Penggunaan rotin dalam membuat umpan bukan rahsia lagi. Semua orang tahu roti memang digunakan meluas sebagai umpan pancing tyerutama kalau nak mancing ikan patin. Bagi orang yang dah lama mancing kolam memanmg tak terasa pelik tapi bagi kaki pancing yang baru nak berjinak macam aku ni memang terasa pelik. Dalam hati ni duk terdetik juga mengatakan kenapa la ikan ni makin mengada-ngada. Zaman aku mula mancing dulu hanya pakai dedak ayam gaul sikit tepung sahaja. 
Selain kelapa parut, santan, roti dan pandan ada lagi barang pelik yang digunakan semasda membuat umpan seperti meggi, ragi, mauripan, minyak, ajinomoto, kfc, sate dan pelbagai lagi. Aku memang respek dengan kaki pancing yang buat umpan ni kerana rajin, kreatif dan juga berseni. Boleh dikatakan pemancing yang pandai buat umpan ni seoarang artis.  


kreatif
sawit masam pun boleh
macam nak masak lomak cili api pun ada

roti canai pun jadi mangsa

UMPAN PANDAN BELI

potato digaul dengan pes pandan
Aku memang tak pandai buat umpan nak mancing dalam kolam ni. Ini kali pertama aku hendak mencuba memancing dalam kolam dengan menggunakan umpan wangi. Mau tak mau aku minta tolong kawan  buat untuk aku sebotol. lagi pun dengar kata umpan pandan dia memang syok. Selalu saja tarik ikan patin naik kat kolam Abah kat kampung aku tinggal ni. 
akhirnya aku dapat juga sebotol pandan wangi nghaau nghaau harumnya. memangsedap bau pandan yang dia buat tu. Aku hidu berkali-kali kerana nak tahu apa yang dia bubuh dalam pes pandan sampai wangi sebegitu. Tapi macam monyet hidu belacan la aku ni. Tanpa pengetahuan aku hanya dapat bagi tahu wangi sahaja. Mana yang lemak, mana yang masam, mana yang manis tu memang aku tak tahu. Aku pasang telinga saja la semasa kawan-kawan duk berborak pasal umpan.
Aku cuba-cuba juga curi dengar dengan harapan dapat juga menambah sedikit pengetahuan pasal umpan ni. Bila free tu aku saja-saja hidu umpan yang aku ada tu. Buikan tui saja, aku cuba juga banding umpan-umpan yang aku ada denmgan harapan dapat membezakan ciri-ciri bau umpan.

KECUNDANG DI KOLAM SRI BAYU

Ini kali ke dua aku masuk game kolam kat Kolam Sri Bayu. Dalam game yang pertama aku naik juga pacu walaupun dalam ranking yang tercorot. Tapi dalam game yang ke dua ni aku bersama sepuluh pemancing lain cuba susun strategi yang lebih elok. Kami pilih kolam tiga kerana dalam game yang lepas memang banyak yang naik dari kolam tiga. 
Tapi nasib kami tak seelok dalam trip yang lepas. walaupun banyak ikan yang berlegar-legar langgar tali tapi tak ada yang sudi membuka mulut menjamah rasuah dan umpan kami. Yang peliknya hanya area kami sahaja ikan tak nak buka mulut sebaliknya seberang sana dan port jauh sikit dari kami memang strike sahaja. 
Aku yang dari mula memang rasa tak sedap hati. Dalam hati aku mungkin ada ahli kumpulan kami sendiri yang dah salah bancuh atau mainhentam kromo sahaja. Takut juga yang ada bubuh minyak two T wangi dalam umpan . hahahaha. Rasa cam mengarut tapi tak mustahil dengan karenah pemancing yang terlebih kreatif.
pacu pun tak sudi
Yang lebih tak sedap hati mungkin ada orang yang dah bubuh boom kat lubuk tu. Itu juga tak mustahil kerana memang ramai juga  pemancing yang jenis busuk hati. Mungkin juga memang tak ada rezeki kami tak dapat tarik ikan kerana semua tu ketentuan Allah. hanya yang berfikiran positif sahaja dapat menenangkan diri yang resah seperti cacing kepanasan.
Dalam group tu hanya Man dan cikgu Idin sahaja yang dapat rasa strike. tapi sayang hanya rempit sahaja yang dinaikan dan jauh sekali nak masuk ranking.

Selasa, 17 November 2015

SENTAP JORAN KOLAM SRI BAYU

Sebenarnya inilah langkah pertama aku terjebak kembali  dalam arena kolam mengolam setelah sekian lama menyepi diri sejak tahun 1999. Atas ajakan kawan-kawan aku menyudikan  diri menyahut pertandingan memencing Kolam Sri Bayu pada 15 okt 2015. 
Dengan persediaan alatan kolam sekadar ada aku melangkah dengan penuh tak kepastian. Dah la pada hari pertandingan tu aku sampai lewat 30 minit setelah pertandingan dimulakan. Dengan menggunakan umpan perah betik Umpan Ulung yang aku beli dengan Lan Lubuk 2 tahun lepas digaul dalam umpan roti potato yang aku beli di pasaraya econsave. 
jenis ikan yang aku dapat
Pada awal lontaran 3 kali umpan aku berterabur dalam kolam  kerana potato yang aku guna tu jeis rapuh. Jadi untuk menyelesaikan masalah aku kepal potato tu kuat-kuat lalu dilontar ke tengah kolam. Dua tiga kali aku tukar umpan tetiba joran aku dapat sentapan pertama. Selepas kelam kabut aku layan ikan di celah-celah tali joran lain akhirnya seekor pacu seberat 6.4 kg berjaya didaratkan. Setelah ditimbang ikan tu termasuk dalam ranking walaupun ranking-ranking alhir juga la. 
Tak lama krmudian aku dapat satu lagi sentapan Sang Pacu juga tetapi lebih kecil dan tak masuk ranking pun. Kekawan aku ni pun satu hal la juga. Dah la aku tak pandai laya klam tapi dia orang asyik duk perli aku sahaja. Nampaknya langkah aku ke kolam tak terhenti di sini sahaja kerana selepas itu... tanpa sedar tak sedar aku dah beli 3 set joran kolam.