Ini kali ke dua aku masuk game kolam kat Kolam Sri Bayu. Dalam game yang pertama aku naik juga pacu walaupun dalam ranking yang tercorot. Tapi dalam game yang ke dua ni aku bersama sepuluh pemancing lain cuba susun strategi yang lebih elok. Kami pilih kolam tiga kerana dalam game yang lepas memang banyak yang naik dari kolam tiga.
Tapi nasib kami tak seelok dalam trip yang lepas. walaupun banyak ikan yang berlegar-legar langgar tali tapi tak ada yang sudi membuka mulut menjamah rasuah dan umpan kami. Yang peliknya hanya area kami sahaja ikan tak nak buka mulut sebaliknya seberang sana dan port jauh sikit dari kami memang strike sahaja.
Aku yang dari mula memang rasa tak sedap hati. Dalam hati aku mungkin ada ahli kumpulan kami sendiri yang dah salah bancuh atau mainhentam kromo sahaja. Takut juga yang ada bubuh minyak two T wangi dalam umpan . hahahaha. Rasa cam mengarut tapi tak mustahil dengan karenah pemancing yang terlebih kreatif.
![]() |
pacu pun tak sudi |
Yang lebih tak sedap hati mungkin ada orang yang dah bubuh boom kat lubuk tu. Itu juga tak mustahil kerana memang ramai juga pemancing yang jenis busuk hati. Mungkin juga memang tak ada rezeki kami tak dapat tarik ikan kerana semua tu ketentuan Allah. hanya yang berfikiran positif sahaja dapat menenangkan diri yang resah seperti cacing kepanasan.
Dalam group tu hanya Man dan cikgu Idin sahaja yang dapat rasa strike. tapi sayang hanya rempit sahaja yang dinaikan dan jauh sekali nak masuk ranking.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan