Assalamualaikum dan dalam sejahahtera. Blog Joran Putra ni sekadar perkongsian pengalaman aku memancing kolam air tawar sahaja. Setelah sekian lama aku menyepi diri memancing kolam air tawar secara tetiba aku terjebak kembali atas dorongan kawan-kawan kaki pancing. Oleh kerana aku ini baru dalam arena kolam mengolam ni, aku mohon tunjuk ajar sifu-sifu kolam semalaya agar memberi tunjuk ajar. sekian terima kasih kerana sudi membaca dan memberi tunjuk ajar.

Rabu, 18 November 2015

CERITA PELIK-PELIK PASAL UMPAN MANCING

umpan aku semasa dulu - dedak ayam saja
Sejak dah mula mancing kolam ni aku pun tak terlepas dari mendengar umpan-umpan yang pelik. Kekadang terasa lucu juga tapi bila dah dengar penerangan dan logiknya umpan tersebut aku pun terdiam saja. Betul juga dari segi logiknya. Memang tyak dap[at dinafikan orang yang memancing ni memang kreatif. Bukan setakat kreatif tapi perlu ada juga unsur seni. selain unsur seni perlu juga ada daya tahan menahan leteran bini. Hahahaha.
Cerita yang paling kelakar apabila ada orang yang sanggup rebus akar pandan untuk menambah aroma dan ummpphh dalam umpan. Cerita ni memang kelakar tapi kalau ikan mengena dengan umpan ni tentu orang yang ketawa akan terdiam. Olehkerana umpan ni tak menjadi maka orang tersebut akan jadi bahan jenaka bukan sehari dua malah bertahun-tahun.
Selain merebus akar pandan ada juga yang menggunakan kelapa parut untuk menambah aroma supaya ikan datang. Kalau dengar memang agak kelakar tapi kelapa parut ni memang digunakan ramai oleh kaki pancing. Memang menjadi juga kelapa parut dalam seni membuat umpan. Buikan setakat itu sahaja, kelapa tu ada yang diperam supaya naik bau dan rasa masam. Kalau anda tengok kaki pancing pergi beli kelapa parut tu jangan pula duk tanya nak masak kari apa tapi tanya nak buat umpan apa?
umpan dalam pasaran
Penggunaan rotin dalam membuat umpan bukan rahsia lagi. Semua orang tahu roti memang digunakan meluas sebagai umpan pancing tyerutama kalau nak mancing ikan patin. Bagi orang yang dah lama mancing kolam memanmg tak terasa pelik tapi bagi kaki pancing yang baru nak berjinak macam aku ni memang terasa pelik. Dalam hati ni duk terdetik juga mengatakan kenapa la ikan ni makin mengada-ngada. Zaman aku mula mancing dulu hanya pakai dedak ayam gaul sikit tepung sahaja. 
Selain kelapa parut, santan, roti dan pandan ada lagi barang pelik yang digunakan semasda membuat umpan seperti meggi, ragi, mauripan, minyak, ajinomoto, kfc, sate dan pelbagai lagi. Aku memang respek dengan kaki pancing yang buat umpan ni kerana rajin, kreatif dan juga berseni. Boleh dikatakan pemancing yang pandai buat umpan ni seoarang artis.  


kreatif
sawit masam pun boleh
macam nak masak lomak cili api pun ada

roti canai pun jadi mangsa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan