Assalamualaikum dan dalam sejahahtera. Blog Joran Putra ni sekadar perkongsian pengalaman aku memancing kolam air tawar sahaja. Setelah sekian lama aku menyepi diri memancing kolam air tawar secara tetiba aku terjebak kembali atas dorongan kawan-kawan kaki pancing. Oleh kerana aku ini baru dalam arena kolam mengolam ni, aku mohon tunjuk ajar sifu-sifu kolam semalaya agar memberi tunjuk ajar. sekian terima kasih kerana sudi membaca dan memberi tunjuk ajar.

Selasa, 17 November 2015

SENTAP JORAN KOLAM SRI BAYU

Sebenarnya inilah langkah pertama aku terjebak kembali  dalam arena kolam mengolam setelah sekian lama menyepi diri sejak tahun 1999. Atas ajakan kawan-kawan aku menyudikan  diri menyahut pertandingan memencing Kolam Sri Bayu pada 15 okt 2015. 
Dengan persediaan alatan kolam sekadar ada aku melangkah dengan penuh tak kepastian. Dah la pada hari pertandingan tu aku sampai lewat 30 minit setelah pertandingan dimulakan. Dengan menggunakan umpan perah betik Umpan Ulung yang aku beli dengan Lan Lubuk 2 tahun lepas digaul dalam umpan roti potato yang aku beli di pasaraya econsave. 
jenis ikan yang aku dapat
Pada awal lontaran 3 kali umpan aku berterabur dalam kolam  kerana potato yang aku guna tu jeis rapuh. Jadi untuk menyelesaikan masalah aku kepal potato tu kuat-kuat lalu dilontar ke tengah kolam. Dua tiga kali aku tukar umpan tetiba joran aku dapat sentapan pertama. Selepas kelam kabut aku layan ikan di celah-celah tali joran lain akhirnya seekor pacu seberat 6.4 kg berjaya didaratkan. Setelah ditimbang ikan tu termasuk dalam ranking walaupun ranking-ranking alhir juga la. 
Tak lama krmudian aku dapat satu lagi sentapan Sang Pacu juga tetapi lebih kecil dan tak masuk ranking pun. Kekawan aku ni pun satu hal la juga. Dah la aku tak pandai laya klam tapi dia orang asyik duk perli aku sahaja. Nampaknya langkah aku ke kolam tak terhenti di sini sahaja kerana selepas itu... tanpa sedar tak sedar aku dah beli 3 set joran kolam.

1 ulasan:

  1. Casino Del Sol - Mapyro
    Casino 군포 출장샵 Del 양산 출장샵 Sol - Casino Del Sol in El Cajon, CA 92228, United States. A 24-hour, fully licensed casino offering a 강릉 출장안마 wide 강원도 출장샵 selection of table games, slots, table  Rating: 4.2 포천 출장마사지 · ‎2,266 votes

    BalasPadam