Assalamualaikum dan dalam sejahahtera. Blog Joran Putra ni sekadar perkongsian pengalaman aku memancing kolam air tawar sahaja. Setelah sekian lama aku menyepi diri memancing kolam air tawar secara tetiba aku terjebak kembali atas dorongan kawan-kawan kaki pancing. Oleh kerana aku ini baru dalam arena kolam mengolam ni, aku mohon tunjuk ajar sifu-sifu kolam semalaya agar memberi tunjuk ajar. sekian terima kasih kerana sudi membaca dan memberi tunjuk ajar.

Rabu, 18 November 2015

SINGGAH KEDAI BARANG BUAT KEK





Sampai masa aku kena belajar menghidu juga untuk kreatif buat umpan mancing ni. Tempat yang paling sesuai untuk aku singgah nak tambah pengetahuan dan pengalaman ialah kedai menjual alatan membuat kek dan kuih. Di kedai macam ini aku boleh tengok segala jenis perasa makanan seperti pandan, strawbery, pisang, keladi, jambu, kelapa dan segala mak nenek perasa dalam dunia. 
Selain perasa aku juga boleh menghidu segala macam bau makanan yang sesuai untuk ikan makan seperti bau pisang, strawbery, vanilla, badam, nenas dan segala nenek bau makanan. Aku cium setiap botol bau perisa dan pewarna makanan. Ada juga makcik-makcik duk jeling aku menghidu bau perasa dan perisa macam hidu gam pula. 
Selain perasa dan perisa aku juga bolerh tengok pelbagai pewarna makanan yang juga boleh digunakan dalam proses membuat umpan mancing. Dari satu botol ke satu botol aku belek pewarna yang ada dari warna putih hingga ke warna merah. 
Akhir sekali aku pergi tanya sahaja tauke kedai apa yang selalu digunakan oleh kaki pancing semasda membuat umpan mancing. Dah tak perlu curi lagi resepi umpan orang. Tauked kedai pun dah tau apa yang selalu kaki pancing ambil barang nak buat umpan. Bawa sahaja pen dan kertas dan catat segala barang yang orang lain guna. Yang selebihnya gunakan sahaja kreativiti masing-masing. 
Selain tu ada juga pes yang dah terus boleh guna tanpa bancuh semula dan apa yang penting kena rajin cuba try test kat kolam ler. 
Tapi kalu nak lebih kreatif kena selalu la datang kedai ni supaya dapat membezakan bau masam, manis,pahit, kelat, lemak dan segala bau-bauan.










2 ulasan:

  1. Bos kt mana boleh dapat golden brown nie.. Lokasi sy kt sepang Selangor.
    Harap2 bantuan dari bos nie. blh pm sy whatsapp ke no 0183996554. plzzz

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam